fb fb fb fb fb

Individu ancam bunuh PM, ditahan polis

Datuk Fahmi Fadzil / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 September – Seorang individu yang mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis malam tadi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia disebabkan terdapat kenyataan berunsur hasutan dan ancaman.

“Kita berhak untuk bersuara, kita berhak untuk berhimpun, tetapi kita tidak berhak melakukan kekerasan yang mencemarkan semangat kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Dalam semangat menyambut Hari Malaysia, kita ingin terus membina sebuah negara yang damai dan harmoni. Malaysia berjaya hidup aman dalam kepelbagaian kaum dan agama, dan kita mahu mengekalkannya agar rakyat dapat menikmati pembangunan serta kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Kota Media Angkasapuri, di sini hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Baru.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID