fb fb fb fb fb

PM akan lancar Indikator Kos Sara Hidup, 2 November ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Indikator Kos Sara Hidup akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 November ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan memaklumkan, indikator tersebut menggambarkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan isi rumah, bagi memenuhi keperluan asas dan kemampuan terlibat dalam masyarakat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menjelaskan ia sekali gus mampu mengguba dasar kerajaan berkaitan kos sara hidup dan pelaksanaan bantuan kepada golongan sasar.

"Pelancaran itu turut bersempena dengan Sambutan Hari Statistik Negara Tahun 2024 dan Ulang Tahun Jubli Intan Ke-75 DOSM," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, cadangan dasar bagi meneliti pemberian pinjaman perumahan jangka panjang akan dibincangkan.

Ia akan melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) bersama-sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, perbincangan itu bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah memiliki rumah tanpa beban berlebihan dan turut memaklumkan langkah tersebut penting berikutan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana semakin terlibat dalam pasaran kewangan.

"Ia sekali gus mendorong mereka mengambil lebih banyak risiko, terutama dalam projek pembangunan perumahan.

"Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada 67.2-peratus pada 2002 kepada 81.2 peratus pada 2022," katanya.

TETITIA YUSOFF