fb fb fb fb fb

India setuju eksport beras putih ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- India bersetuju untuk mengeksport semula beras putih keluaran negara itu ke Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu masih di peringkat perundingan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"India telah mengumumkan bersetuju untuk eksport semula beras putih ke Malaysia. Kita akan lihat dahulu berapa harganya sebelum kita membuat apa-apa perubahan di Malaysia.

"Ia disebabkan perkara ini baru peringkat persetujuan dan akan ada peringkat perundingan harga dan sebagainya," selepas majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di ibu negara.

Terdahulu, kerajaan India dilapor mengumumkan akan meluluskan eksport 170,00 tan beras putih bukan basmati ke Malaysia sebagai tanda hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perkara itu susulan kerajaan Malaysia menghantar permintaan kuota khas beras putih bagi memperkukuh perkongsian strategik antara India dan Malaysia.

(Datuk Seri Mohamad Sabu)

Media Baharu