fb fb fb fb fb

India setuju eksport 170,000 tan beras putih

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Kerajaan India bersetuju mengeksport 170,000 tan beras putih bukan basmati ke Malaysia bagi memperkukuh hubungan baik kedua-dua negara.

Memetik kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, keputusan itu selari dasar kerajaan India menyokong usaha Malaysia khusunya berkenaan sekuriti makanan.

Keputusan tersebut diberitahu Menteri Perhubungan Luar India Dr. S Jaishankar kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi satu panggilan telefon.

Datuk Seri Dr. Zambry turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan India atas keprihatinan ditunjukkan kepada rakyat Malaysia berhubung isu beras.

Semalam notis pengumuman eksport bagi kuota khas untuk Malaysia itu telah dikeluarkan oleh Direktorat Umum Perdagangan Luar India.

(Zambry Abdul Kadir (kiri) dan S Jaishankar)

Media Baharu