fb fb fb fb fb

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 0.3% pada suku ketiga tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 November- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) meningkat 0.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini, berbanding 0.7 peratus tempoh sama tahun lalu.

Kenyataan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, peningkatan dicatat dalam beberapa subsektor meliputi Kesenian, Hiburan dan Rekreasi sebanyak 5.4 peratus.

Indeks yang mengukur perubahan harga pengeluar bagi sektor perkhidmatan domestik itu juga menyaksikan subsektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan serta Minuman meningkat sebanyak 2.4 peratus.

Sebaliknya, indeks Pengangkutan serta Maklumat dan Komunikasi menyusut, masing-masing kepada 2 peratus dan 0.1 peratus.

Bagi perbandingan secara suku tahunan, IHPRP meningkat 0.1 peratus, berbanding penurunan 0.1 peratus pada suku kedua 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE