fb fb fb fb fb

Imigresen serbu kedai servis cuci kereta, 12 PATI ditahan

FOTO FB Jabatan Imigresen Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Seramai 12 warga asing ditahan berikutan disyaki tidak memiliki pas dan dokumen pengenali diri yang sah pada Selasa lalu.

Jabatan Imigresen (JIM) memaklumkan kesemuanya merupakan pekerja di stesen minyak yang menawarkan cucian kenderaan di sekitar Petaling Jaya.

Operasi yang dilakukan 17 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya itu susulan aduan orang awam.

Hasil siasatan mendapati kesemua ditahan merupakan warganegara Bangladesh berusia antara 25 hingga 35 tahun itu memilik pelbagai kesalahan termasuk dibawah Seksyen Akta Imigresen 1959/63 serta telah melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas.

Kini kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

JIM turut menegaskan, tindakan akan diambil sekiranya terdapat pihak yang menggajikan serta melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE