fb fb fb fb fb

Imej PDRM, tiada kompromi pegawai dan anggota langgar peraturan - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain

SEREMBAN, 20 Disember - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), diingatkan untuk tidak berselindung di sebalik uniform serta lencana, bagi menjaga imej pasukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana anggota yang melanggar peraturan.

"Kita juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sesiapa juga pegawai, anggota kita tidak kira pangkat. Sekiranya berlaku kes jenayah berlaku tatakelola yang dibuat tidak betul kita akan ambil tindakan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kontijen Negeri Sembilan, di sini.

Pada majlis itu, seramai 210 orang menerima PJPN termasuk 155 anggota yang telah berpencen dan 55 anggota yang masih dalam perkhidmatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN