MERSING, 13 September - Imej negara yang baik mendorong pemimpin-pemimpin dari pelbagai negara untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, pada Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu diperoleh hasil semangat kerja berpasukan daripada semua pihak.
"Ini semua atas semangat bekerja kita sebagai satu pasukan, menteri-menteri, penjawat awam, polis, tentera dan rakyat biasa, swasta, menjaga disiplin, perbezaan pendapat, tegur- menegur serta persahabatan", katanya.
Antara negara terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 seperti China, Jepun, Australia, Itali, Brazil, Afrika Selatan serta Amerika Syarikat.
Beliau berucap demikian semasa Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Ke 27 di Mersing.