(Artu Zero dan Achey dalam Program Himpunan Anak-Anak Muda Madani
di Alor Setar, Kedah)
ALOR SETAR, 8 Julai- Ikon Anak Muda Madani yang juga artis popular tanah air, Nasir Hamzah atau Achey dan Sharif Kunal Sharif Doli atau Artu Zero berpendapat Program Himpunan Anak-Anak Muda Madani dapat membentuk golongan muda dapat dididik dengan sempurna, sekali gus terhindar daripada kegiatan tidak sihat.
"Insya-Allah dengan generasi yang ada ini dapat memangkin peneraju-peneraju di kemudian hari untuk Malaysia Madani pada masa akan datang," kata Achey.
"Sepatutnya aktiviti begini harus diteruskan tanpa mengira bangsa, yang paling penting kita 'target' (sasarkan) anak-muda sebab mereka ini penerus generasi untuk Kerajaan Madani," Artu Zero.
Sementara itu, pengarah program, Datuk Zuraidi Rahim berkata, program berkenaan mempunyai matlamat jelas khususnya membantu anak- anak muda yang masih lagi terbelenggu daripada segi pekerjaan dan membentuk mereka untuk menjadi insan berguna pada masa hadapan menerusi kepimpinan Kerajaan Madani.
"Hari ini kita buat program konvoi dulu, selepas itu kita akan adakan program kepada masyarakat untuk membantu dan bergotong royong membantu masyarakat anak-anak miskin, membantu masyarakat yang terlantar dalam soal kesihatan, membantu masyarakat yang mempunyai kesukaran dalam hidup, dalam soal rumah dan sebagainya serta kita akan bantu mereka baik pulih secara terus. Inilah anak-anak muda Madani yang kita akan bangunkan bersama dengan kita, bersama dengan perdana menteri," katanya di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja di Kedah juga sempat meluangkan masa menyantuni anak-anak muda dalam program itu di sini.
Ketibaan beliau disambut lebih 3,500 anak-anak muda.
Selepas program tersebut, Anwar hadir dalam program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok dan juga Majlis Pecah Tanah Masjid Changlun yang baharu di Changlun.
(Ketibaan Anwar Ibrahim disambut Zuraidi Rahim serta lebih 3,500 anak muda pada
Program Himpunan Anak-Anak Muda Madani di Alor Setar, Kedah