fb fb fb fb fb

Feri baharu Pulau Pinang bermula Ogos, tambang percuma sebulan

GEORGE TOWN, 8 Julai- Empat feri baharu Pulau Pinang yang mampu menampung sehingga 250 penumpang dan 50 buah motosikal akan beroperasi 7 Ogos depan.

Feri itu dapat menjimatkan masa perjalanan dengan hanya 10 minit daripada bahagian pulau ke Butterworth.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata feri tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang lebih efisien.

Antaranya kamera litar tertutup (CCTV), dua 'ramp' feri yang memudahkan motosikal untuk keluar dengan lebih cepat dan pergerakan bot yang lebih fleksibel.

"Feri tersebut boleh bergerak ke depan dan belakang, maksudnya ia tidak perlu berpusing balik apabila sampai ke pelabuhan.

"Konsepnya macam kereta api, dia ada dua enjin dan dua-dua hala boleh beroperasi.

"Sangat-sangat fleksibel dan boleh berpusing sehingga 360 darjah," katanya kepada pemberita ketika lawatan feri baru di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini.

Menurut beliau, tambang bagi kemudahan tersebut akan diumumkan kemudian dan dijamin tidak akan membebankan rakyat.

Masa operasi yang ditetapkan adalah dari pukul 6.00 pagi hingga 8.30 malam.

Para pengguna akan menikmati tambang percuma dalam bulan pertama pengoperasiannya.


(Para pengguna akan menikmati tambang percuma dalam bulan pertama
pengoperasiannya)

Media Baharu