AYER KEROH, 1 Ogos-Kerajaan Melaka menyambut baik pelaksanaan pelbagai program berkaitan pelancongan Islam di negeri berkenaan.
Ini sekali gus dapat merancakkan lagi sektor pelancongan pada kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang sedang berlangsung ketika ini.
Sehubungan itu, Exco Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin galak penganjuran ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa 2024 ("IITTE 2024") yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula hari ini hingga 4 Ogos depan.
"Jadi, kita harapkan pelancong-pelancong yang dari dalam dan luar negara yang hadir ke negeri ini tidak melepaskan peluang untuk hadir ke melaka dan dapat melihat bagaimana Islam menjadi cara hidup yang diajar oleh Rasullulah dan membuktikan peradaban Islam itu daripada dahulu", katanya di sini selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merasmikan Ekspo berkenaan di MITC, Ayer Keroh.
Dalam pada itu, Datuk Rais berkata, kerajaan negeri juga mencadangkan "IITTE 2024" dijadikan acara tahunan di Melaka