fb fb fb fb fb

IESO 2023, Malaysia raih tiga anugerah

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Wakil Malaysia di Olimpiad Sains Bumi Antarabangsa (IESO) 2023 mempamerkan prestasi cemerlang selepas berjaya membawa pulang tiga anugerah.

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Ardent Educational Consultants Sdn Bhd membuat kemunculan pertama di IESO 2023 dengan menghantar empat pelajar berbakat menyertai pertandingan itu.

Kesungguhan dan usaha gigih Yuvan Saktivel (16 tahun), Evan Lim Hong Yan (15 tahun) dan Lucas Cheah Hoe Yeen (14 tahun) telah meraih Anugerah Perak manakala Hee Wen Kai (16) memenangi Anugerah Gangsa.

Pasukan tersebut dipimpin oleh Puan Nur Nadwa Syahirah dan Encik Muhammad Hadhri, yang memberikan panduan dan sokongan yang berharga kepada bakat-bakat muda sepanjang pertandingan.

Pertandingan diadakan secara dalam talian, berlangsung dari 20 Ogos hingga 26 Ogos, menyatukan saintis bumi muda dari seluruh dunia dalam satu arena maya yang unik.

Pertandingan IESO disasar menguji kemampuan pelajar sekolah menengah dalam bidang geologi, sains alam sekitar dan bidang lain yang berkaitan.

Prestasi membanggakan Pasukan Malaysia di IESO 2023 adalah bukti komitmen negara dalam membina bakat-bakat muda dalam bidang sains bumi.


(Dari kiri, Cik Nur Nadwa Syahirah, Evan Lim Hong Yan, Hee Wen Kai dan Lucas Cheah Hoe Yeen/Foto Ardentedu)

Media Baharu