fb fb fb fb fb

Tengkorak, tulang manusia dijumpai berhampiran bangunan Encore, Melaka

MELAKA, 17 Oktober - Tengkorak dan tulang manusia dijumpai di kawasan semak berhampiran bangunan Encore, Melaka pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisionar (ACP) Christopher Patit dalam satu kenyataan berkata, bahagian berkenaan dijumpai oleh dua lelaki yang sedang berjalan-jalan di tepi pantai kira-kira pukul 6.00 petang sebelum memaklumkannya kepada polis.

Hasil siasatan pihaknya turut menemui sehelai seluar jeans dalam keadaan separuh tertimbus di dalam pasir bersebelahan tengkorak dan tulang manusia.

Kedudukan antara tengkorak dan tulang itu lebih kurang lima meter dan berada pada kedudukan kira-kira 20 meter dari pantai.

"Saksi juga tidak ternampak apa sebarang objek yang mencurigakan di sekitar tengkorak ditemui.

"Hasil semakan senarai orang hilang di kawasan pentadbiran Balai Polis Melaka Tengah juga tidak menemui sebarang rekod," kata Christopher, di sini.

Kes masih lagi dalam siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

(Tengkorak dan tulang manusia dijumpai)

Media Baharu