fb fb fb fb fb

Boikot produk Israel, tanda solidariti umat Islam

PUTRAJAYA, 17 Oktober- Rakyat Malaysia diseru memboikot produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel sebagai tanda solidariti umat Islam terhadap bumi Palestin. 

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan berkata, orang ramai perlu tunaikan tanggungjawab kemanusiaan menghulurkan apa jua bentuk bantuan di samping terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

"Kita sebagai umat Islam kena menunjukkan solidariti ini dengan memboikot barangan barangan yang datang daripada negara Israel.

"Jadi dengan sebab itu nak tunjukkan solidariti kita dan mengajar mereka bahawa kita umat Islam ini umat yang bersatu padu. kita banyak lagi pilihan barangan daripada produk yang dikeluarkan oleh umat Islam kepada negara-negara Islam. Jadi kita utamakan dalam tempoh ini dan seterusnya tinggalkan terus barang barang dan produk daripada negara negara yang membunuh umat Islam," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada masa yang sama, Jamali Mohd Adnan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji rejim zionis Israel yang telah menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk.

(Jamali Mohd Adnan)

Media Baharu