fb fb fb fb fb

IENA: SMKA Kuala Selangor kekal kecemerlangan, rangkul pingat emas di Jerman

(Foto FB Mohd Zulhelmi Mansor)

NUREMBERG, JERMAN, 30 Oktober- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila meraih pingat emas di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Idea Penciptaan, Idea Produk Baru (IENA) 2022, di sini.

Sekolah berkenaan sebelum itu meraih kejayaan sama memperoleh pingat emas dalam penyertaan pada 2019.

Selain membawa pulang pingat emas, SMKA Kuala Selangor turut memenangi Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Young Inventors 'Prize Of The City of Nuremberg' buat kali kedua berturut-turut.

IENA 2022 merupakan pameran inovasi tertua di dunia membabitkan perdagangan unik mempamerkan pelbagai ciptaan produk baharu dan penemuan inovasi terbesar dunia serta mengumpulkan pereka cipta seluruh dunia.

Program merupakan pertandingan inovasi antarabangsa kali pertama pasca COVID-19 yang diadakan secara bersemuka, berlangsung bermula 27 Oktober lalu hingga hari ini.

(Foto FB Mohd Zulhelmi Mansor)

Media Baharu