
RAUB, 26 Februari – Sehari sebelum menyambut Ramadan merupakan kali terakhir mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub, Mohd Alawi Muhammad, 56 tahun berjumpa ibu tirinya, Noryah Yunus.
- Noryah berkongsi perbualan terakhir dengan arwah sehari sebelum Ramadan; arwah diminta membeli sayur dan tergesa menghantar keropok.
- Arwah Mohd Alawi, anak sulung tujuh beradik, menjadi ketua keluarga selepas kematian bapa, sangat prihatin terhadap adik-adik.
- Noryah mengetahui kebakaran selepas menerima panggilan daripada jiran anak tirinya.
- Kelima-lima mangsa dijangka dikebumikan selepas maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Pamah Kulat, Raub.
Ibu tiri, Noryah Yunus, 67 tahun berkata, arwah merupakan anak pertama daripada tujuh beradik sempat membeli sayur atas permintaannya.
“Sehari sebelum Ramadan, makcik menyuruhnya membeli sayur. Dia berniaga di pasar pada siang hari, kemudian keluar membeli sayur pada waktu malam. Ketika itu, dia berkata tidak dapat bercakap lama kerana perlu segera menghantar keropok. Itulah perbualan terakhir kami, iaitu sehari sebelum puasa”,katanya ketika ditemui pemberita.
Menurutnya, arwah memainkan peranan sebagai ketua keluarga selepas ketiadaan bapanya dan sangat mengambil berat tentang adik-adiknya.
Dia mengetahui kejadian berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada jiran anak tirinya.
Kelima-lima mangsa yang meninggal dunia dalam insiden itu dijangka dikebumikan selepas maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Pamah Kulat, Raub.