fb fb fb fb fb

Ibadah korban meriah di Perlis

KANGAR, 12 Julai-Memasuki hari ketiga Aidiladha, ibadah korban terus dilaksanakan di Perlis.

Ini termasuklah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama MATIN Care dan Muslim Care Malaysia yang turut tidak ketinggalan untuk meraikannya menerusi Program Ijtimak Korban yang berlangsung di Kampung Titi Tok Bandar.

Menurut Pengarah Proram ijtimak Qurban, Jabatan Amal Malaysia Negeri, Rafisyam Rahmat, program kali keenam dianjurkan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dengan 15 ekor lembu dikorbankan.

Ia dilaksanakan secara bergotong royong melibatkan kira-kira 100 petugas terdiri anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dan penduduk Kampung Titi Tok Bandar.

Penganjuran program sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara semua terlibat malah daging-daging korban diagihkan kepada golongan memerlukan dikalangan asnah dan fakir miskin sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi rezeki.

 


(Sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan menerusi Program Ijtimak Korban yang berlangsung di Kampung Titi Tok Bandar)

Media Baharu