Hujan lebat, ribut petir di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang hingga 2 petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 2.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran melibatkan Perlis dan beberapa kawasan di Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda.
  • Cuaca serupa dijangka meliputi seluruh Pulau Pinang.
  • Amaran apabila tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam hampir atau dijangka berterusan lebih sejam.
  • Amaran ribut petir adalah jangka pendek, sah tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang serta Kuala Muda.

Cuaca sama turut dijangka melanda seluruh Pulau Pinang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.