fb fb fb fb fb

Hujan lebat, Limbang dilanda banjir kilat


LIMBANG, 19 Januari
- Hujan lebat yang turun malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Limbang, Sarawak mengalami banjir kilat.

Menurut laporan Ketua Zon 7 Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, air yang naik hampir satu meter itu menenggelamkan beberapa kawasan di bandar itu.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Nauran, Kampung Malagangai dan sekitar bandar Limbang.

Namun katanya,keadaan banjir ketika ini terkawal selepas air sungai mulai surut.

Tambahnya pada masa ini penduduk disekitar kawasan ulu diminta supaya terus berwaspada dan berjaga-jaga ekoran cuaca hujan yang tidak menentu pada masa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak membabitkan Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah sehingga 9:00 pagi tadi.

Media Baharu