fb fb fb fb fb

3,000 pelajar luar bandar di Padang Terap, terima baucar bantuan persekolahan


PADANG TERAP, 19 Januari-
Hampir 3,000 pelajar luar bandar di Padang Terap, Kedah telah menerima manfaat baucar bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia melibatkan peruntukan berjumlah kira-kira RM250,000.

Beliau berkata kerajaan prihatin kegusaran ibu bapa kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak.

Justeru, bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pakaian dan peralatan sekolah ketika rakyat kini berhadapan masalah kewangan berikutan COVID-19 yang melanda negara sejak lebih dua tahun lalu.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian ketika mengadakan tinjauan pembelian barangan keperluan sekolah oleh penerima bantuan bancer berkenaan di Kuala Nerang, Padang Terap.

Media Baharu