fb fb fb fb fb

Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir

FOTO BERNAMA

CHANGKAT JERING, 24 Oktober - Dua daerah di Perak dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Dua daerah itu melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

Larut, Matang dan Selama merekodkan bilangan penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu lebih 1,700 orang daripada 638 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang Dan Selama, Mohd Nasrul Menhat, operasi menyelamat dan bantuan digerakkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Simpang Halt, Kampung Sungai Baru, Kampung Salak Baru, Kampung Sungai Lubok, Kampung Masjid, Kampung Batu 8, Kampung Batu 9 dan Kampung Ulu Sepetang.

“Antara PPS yang dibuka ialah Dewan Perdana Trong, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Masjid Al-Wusta Batu 8, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan SK Batu Hampar, manakala di Manjung melibatkan SK Sungai Batu, SK Beruas dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas meninjau PPS Dewan Serbaguna Masjid Alwusta Batu 8, Taiping, Perak.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM