fb fb fb fb fb

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari

Foto hiasan

PETALING JAYA, 5 Oktober - Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan lima negeri sehingga 12 tengah hari.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melibatkan seluruh negeri Perlis dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Keadaan sama turut dijangka di Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Limbang di Sarawak.

Manakala, di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN