fb fb fb fb fb

30 keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Kedah

Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna, Pokok Sena

ALOR SETAR, 5 Oktober - Penduduk terjejas banjir di daerah Pokok Sena yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Pokok Sena meningkat kepada 100 orang daripada 30 buah keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah menerusi kenyataan memaklumkan, angka itu meningkat sembilan orang berbanding 91 orang daripada 26 keluarga yang direkodkan semalam.

"Kesemua penduduk termasuk dua bayi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna, Pokok Sena.

"Beberapa kawasan di daerah yang terlibat masih terjejas iaitu Taman Puteri, Kampung Sungai Durian dan Kampung Permatang Limau," menurut kenyataan itu.

Hujan lebat dua sejak hari lalu, menyebabkan berapa daerah di Kedah, antaranya Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dilanda banjir kilat.

Sementara itu, Sungai Bata di daerah Kubang Pasu menunjukkan trend menaik setelah melebihi paras waspada.

Namun Sungai Ketil di daerah Baling yang turut melebihi tahap waspada menunjukkan trend penurunan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI