KUALA LUMPUR, 30 Disember -Hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Khamis.
- Analisis model ramalan menunjukkan luruan monsun memasuki rantau bermula 31 Disember hingga 5 Januari 2026.
- Potensi hujan lebat berterusan di Sarawak disertai angin kencang dan laut bergelora.
- MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan dan amaran angin kencang serta laut bergelora dengan tempoh berkuat kuasa berbeza.
Daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 31 Disember hingga 5 Januari 2026.
“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Sarawak berkuat kuasa 31 Disember hingga 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan turut dikemas kini dan dijangka berterusan sehingga 2 Januari 2026.