fb fb fb fb fb

Hujan berterusan, Kuala Terengganu dilanda banjir

Hujan berterusan di Terengganu menyebabkan kawasan bandar dilanda banjir

KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Hujan lebat berterusan sejak 9.00 malam tadi mengakibatkan kawasan Kuala Terengganu dilanda banjir.

Menerusi tinjauan RTM, banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air terjejas teruk kali ini termasuk di kawasan perumahan di jalan Cherong Lanjut Kuala Terengganu.

Penduduk dilihat telah mula keluar dari kediaman masing-masing namun setakat ini masih tiada pemindahan direkodkan.

Sementara itu menerusi tinjauan di sekitar Bukit Kecil Kuala Terengganu mendapati, kawasan perumahan berhampiran Jabatan Pendidikan Negeri telah ditenggelami banjir.

Keluarga terjejas dilihat sedang menyelamatkan barangan berharga susulan paras air naik secara mendadak.

Jalan jalan utama sekitar kawasan bandar turut dinaiki air termasuk Jalan Simpang Tokku, Jalan Sultan Omar, Jalan Pasir Panjang dan sekitar Pasar Bukit Besar.

Pada masa sama orang ramai diingatkan supaya tidak mengharungi jalan yang ditenggelami banjir berikutan banyak kenderaan telah rosak dan tersadai di bahu jalan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI