fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia-Turkiye kini pada tahap lebih signifikan

(Ismail Sabri)

ANKARA, 8 Julai- Hubungan dua hala Malaysia-Turkiye kini diletakkan ke tahap lebih signifikan susulan kejayaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke republik itu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan hasil kunjungannya dan berterima kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan atas layanan istimewa serta mesra yang diberikan.

"Beliau (Presiden Erdogan) menganggap Malaysia sebagai sahabat, saudara, brothers, brotherly countries.

"Dan sewaktu perbincangan pun, walaupun formal tapi the way kita conduct meeting sangat casual. Sebab dari mula sampai habis dia panggil saya brother Ismail. Dia minta kebenaran boleh tak panggil.

"Perbincangan itu sangat mesra dan dengan semangat persaudaraan yang tinggi," katanya.

Beliau bercakap kepada media di Ankara, sebelum mengakhiri lawatannya ke Turkiye.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara saling berpandangan sama mengenai pelbagai perkara termasuk politik dan isu antarabangsa.

(Perdana Menteri bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan)

Pada 5 Julai lalu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye atas jemputan Presiden Erdogan.

Beliau memulakan lawatan tersebut di Istanbul dengan meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) sebelum pertemuan bersama beberapa kapten industri Turkiye.

Perdana Menteri selepas itu meneruskan lawatannya ke Ankara dengan perbincangan empat mata bersama Erdogan, selain mengadakan mesyuarat delegasi kedua-dua negara.

Ia merupakan pertemuan sulung Ismail Sabri dan Presiden Erdogan sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Ogos tahun lalu.

Media Baharu