fb fb fb fb fb

Hubungan baik ASEAN, Amerika Syarikat dan China perkukuh ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 September- Hubungan baik antara ASEAN dengan Amerika Syarikat dan China perlu diperkasa demi memperkukuh ekonomi serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, saranan itu dilihat sebagai langkah bersifat pragmatik dan komprehensif.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utama Malaysia (UUM) Mohd Shukri Shuib ketika dihubungi RTM berkata, langkah itu perlu disusuli dengan diplomasi ekonomi bersifat mampan dan optimis.

Perkara tersebut penting bagi mendepani isu antarabangsa yang perlu ditangani menerusi rundingan secara rasional antara negara berkenaan.

"Gesaan Malaysia agar kekalkan hubungan baik Amerika Syarikat dengan China merupakan langkah strategik, dasar luar kita yang bersifat berkecuali. Kita menekankan aspek pragmatik selain hubungan luar yang besar demi kepentingan Malaysia dan ASEAN sendiri.

"Dalam acuan politik, ekonomi dan perdangangan antarabangsa penekanan hub multilateral dan bilateral merupakan aspek penting kepada ASEAN untuk bertahan kerana ASEAN memiliki 600 juta penduduk," katanya.

Semalam Anwar menyarankan ASEAN mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan China ketika beliau ditemu bual dengan stesen penyiaran CNN di New York.

(Mohd Shukri Shuib)

Media Baharu