fb fb fb fb fb

CIMB Islamic sumbang RM5.5 juta sejak 2008 untuk kelestarian alam

 

SETIU, 24 September- Kira kira RM5.5 juta disumbangkan CIMB Islamic Bank yang berfokuskan kepada kelestarian alam sekitar dan masyarakat setempat sejak tahun 2008.
 
Jumlah pembiayaan itu melibatkan 17 projek melalui akaun simpanan EcoSave-i untuk menyokong inisiatif sosial dan hijau di seluruh negara.
 
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, peruntukan yang disediakan turut meliputi projek di Taman Tugu Kuala Lumpur,  Bukit Fraserl Pahang dan Hutan Ulu Muda Kedah.
 
Program diadakan di seluruh negara yang memberi impak positif terhadap masyarakat termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
 
Bagi Terengganu pula, RM1 juta diperuntuk setiap tahun sejak 2019 ke arah melindungi ekosistem dan menggalakkan pembangunan mampan Setiu Wetlands dengan kerjasama WWF Malaysia. 
 
"Pada tahun ini kami akan memfokuskan usaha memberi kepada masyarakat sekitar bagaimana mereka dapat beri sumber alam yang ada disini untuk menjana pendapatan mereka,.

"Jadi kita lihat tahun kedua pembiayaan pembinaan Kontena Tuntung bukan sahaja penting untuk memelihara spesis tuntung laut yang berada di sini, tetapi ia juga dapat memberi pengunjung di sini satu pusat tumpuan bagi mereka untuk mendapatkan maklumat dan masyarakat untuk jalankan aktiviti.
 
Beliau ditemui pemberita pada Program Mini Karnival di Kampung Mangkok, Setiu.
 
Sementara itu, menerusi peruntukan yang disalurkan, Kontena Tuntung ditubuhkan di Kampung Mangkok Setiu yang dilancarkan September lalu di bawah WWF Malaysia.
 
Kontena tersebut menempatkan pusat penetasan telur tuntung laut dan galeri pameran untuk manfaat masyarakat setempat.
 
Pada tahun 2022, sejumlah 92 sarang tuntung laut yang mengandungi  951 telur diselamatkan dari pantai di mana 740 anak tetasan dilepaskan ke habitatnya. 
 


(Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff)

Media Baharu