KUALA LUMPUR, 12 September -Hospital Sungai Buloh meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang tahanan penjara iaitu Muhammad Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 Mac lalu.
Menurut kenyataan pihak hospital, alamat terakhir pesakit lelaki berusia 40 tahun itu ialah di Kampung Sebuku, Bau, 94000, Sarawak.
"Beberapa usaha telah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi menghubungi waris lelaki itu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya, namun tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.
"Sehubungan itu, pihak hospital memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya, supaya tampil membantu" kata kenyataan itu.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi 03-6145 4333 sambungan 3100, atau hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.