fb fb fb fb fb

Hospital Petra Jaya siap 2024, dijangka beroperasi pada 2025

(FOTO RTM)

KUCHING, 8 Januari-Kemajuan pembinaan hospital kedua terbesar di Sarawak iaitu Hospital Petra Jaya telah mencapai 51 peratus
siap.

Timbalan Menteri Kesihatan,Lukanisman Awang Sauni berkata hospital tersebut dijangka siap November tahun depan dan beroperasi pada tahun 2025.

Hospital Petra Jaya mempunyai hampir 3,000 parkir kenderaan.

Pembinaannya mula dilaksana pada Mei 2013 dan sepatutnya siap Jun 2018.

Namun tertangguh sehingga diberikan kepada kontraktor penyelamat pada Julai tahun lalu dengan nilai RM410 Juta melibatkan kemudahan kesihatan dengan kapasiti 300 katil.

Sementara itu dalam perkara berkaitan, Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA bagi urusan pengambilan petugas kesihatan negeri.

Lukanisman Awang Sauni berkata, ia merupakan antara cadangan kertas putih kesihatan yang diterima melalui jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai langkah menurunkan kuasa autonomi termasuk kesihatan kepada Sarawak.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak Hospital Petra Jaya di Kuching.


(Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni / FOTO RTM)

Media Baharu