fb fb fb fb fb

Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (empat, kiri)
pada Penyerahan Peralatan Wad di Hospital Sultanah Aminah hari ini/ BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 25 Jun - Pembinaan Hospital Pasir Gudang akan dapat disiapkan lebih awal dan dijangka memulakan operasinya pada 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja pembinaan hospital itu kini mencapai 40.47 peratus.

"Mudah-mudahan hospital tersebut boleh disiapkan sebulan atau dua bulan lebih awal dan dapat memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitar Pasir Gudang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aset Bukan Perubatan di Wad Bunga Raya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru hari ini.


(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon)

Pembangunan Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam bermula pada September 2020, namun tergendala seketika kerana peralihan kerajaan negeri sebelum pembinaannya disambung semula.

Ia merupakan hospital awam ketiga di daerah ini akan membantu mengurangkan kesesakan di HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Projek bernilai RM375 juta itu bakal dilengkapi 304 katil, lapan bilik bedah dan 65 bilik konsultasi bagi rawatan pesakit luar.

Selain itu turut menyediakan pusat rawatan harian, 30 kerusi dialisis, farmasi pandu lalu, 16 bilik bersalin, 34 kuarters jururawat dan hampir 1,000 ruang parkir. 

Media Baharu