fb fb fb fb fb

Hospital Ampang terima sumbangan Krismas daripada Yayasan TZA

Foto Yayasan TZA

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Hospital Ampang menerima sumbangan sempena sambutan Krismas daripada Yayasan TZA, disampaikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kehadiran beliau turut disertai anak-anak pesakit, ibu bapa, penjaga, serta barisan hadapan hospital, menjadikan sambutan lebih bermakna.

Dalam ucapannya, Datuk SeriTengku Zafrul mengucapkan penghargaan kepada doktor, jururawat dan seluruh warga hospital atas dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.

Beliau menekankan inisiatif Hospital Ampang, termasuk Daycare Neonatal Jaundis yang berjaya mengurangkan kadar kemasukan bayi ke Special Care Nursery hampir 50%, sekali gus meningkatkan keselesaan ibu bapa.

Selain itu, Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang mula diperkenalkan pada Julai 2011 sebagai projek rintis, kini berkembang ke 20 hospital seluruh negara.

Program itu memastikan anak-anak tidak tercicir pembelajaran semasa menerima rawatan dan menyokong penyembuhan holistik dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang kondusif.

Sempena sambutan Krismas, Yayasan TZA menyumbang tiga mesin fototerapi untuk rawatan bayi jaundis serta bakul makanan asas kepada ibu bapa dan penjaga, sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga yang sedang menghadapi cabaran.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM