fb fb fb fb fb

Honda Malaysia panggil semula 36,000 unit kenderaannya, kemas kini kotak gear EPS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 November- Honda Malaysia memanggil semula 36,000 unit kenderaannya melibatkan model Civic, Civic Type R dan CR-V.

Melalui kenyataan jenama itu memaklumkan, panggilan semula itu bagi mengemaskini kotak gear Electric Power Steering (EPS).

Kemas kini produk proaktif itu penting memandangkan keselamatan pelanggan adalah keutamaan.

Honda beri jaminan, model pengeluaran dan jualan semasa lain tidak terjejas dalam kemas kini produk berkenaan.

Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dengan butiran kemas kini produk.

Kos pemeriksaan, pembaikan atau penggantian bahagian yang terjejas akan ditanggung syarikat itu.

Pelanggan boleh menghubungi talian 1-800-88-2020 atau mana-mana pengedar sah untuk maklumat lanjut dan semakan status kenderaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE