fb fb fb fb fb

hMPV: Bukan penyakit baharu, tidak wajib dinotifikasi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Sebanyak 327 kes positif jangkitan virus 'human metapneumovirus' (hMPV) dilaporkan tahun lepas berbanding 225 pada 2023.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia bukan penyakit baharu dan tidak wajib dilapor atau dinotifikasi.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, hMPV adalah salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam kelompok Pneumoviridae.

"Peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun, fenomena yang dijangka sepenuhnya.

"Ia selaras peningkatan kes sama di negara-negara lain terutama yang bermusim sejuk seperti China," menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan, pemantauan berterusan dilaksana di dalam serta luar negara.

TETITIA YUSOFF