fb fb fb fb fb

Belanjawan Johor 2026 dijamin manfaatkan seluruh rakyat - Onn Hafiz

FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU, 1 November - Belanjawan Johor 2026 yang bakal dibentangkan bulan ini, dijamin memanfaatkan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setiap rakyat berhak menikmati hasil negeri serta pertumbuhan pesat ekonomi yang dicapai ketika ini.

Pembentangan belanjawan kali ini turut dijangka merangkumi lebih banyak inisiatif dan bantuan kepada rakyat.

"Kita buat semua ini untuk memastikan bahawa Bangsa Johor, tidak kira melayu, cina atau india, mendapat manfaat daripada kegiatan ekonomi dan hasil negeri yang kian meningkat ini.

"Kita nak pastikan bahawa setiap sen, setiap ringgit yang kita terima di peringkat kerajaan negeri, mesti dan wajib dipulangkan kepada setiap Bangsa Johor tidak kira warna dan kulit," katanya.

Katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Deepavali Bangsa Johor 2025 di sini.

Johor menjadi peneraju destinasi pelaburan negara dengan jumlah pelaburan diluluskan, mencecah RM56 bilion bagi separuh pertama tahun ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM