fb fb fb fb fb

HFMD: Jumlah kanak-kanak mendapatkan rawatan di Perlis meningkat

KANGAR, 1 Jun - Jumlah kanak-kanak yang hadir ke pusat kesihatan di Perlis bagi mendapatkan rawatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus meningkat.

Tinjauan RTM di salah sebuah klinik yang menyediakan rawatan HFMD, Annura Clinic Medical and Surgery mendapati, pusat rawatan itu menerima antara 10 hingga 15 kanak-kanak bergejala HFMD sehari.


(Dr Ahmad Fadhzil Mohamad)

Menurut Pengarah Urusan klinik berkenaan, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad, peningkatan kes dikesan sejak Ramadan lalu selepas kelonggaran pergerakan berikutan peralihan fasa ke endemik bermula.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu-bapa segera membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan ke klinik atau pusat perubatan agar rawatan awal dapat diberikan.

"Majoriti pesakit-pesakit yang berumur 10 tahun ke bawah yang datang dengan demam, ulser di dalam mulut dan juga ruam di kaki dan tangan untuk mendapatkan rawatan.

"Kami berasa bimbang dengan kehadiran mereka yang begitu meningkat dan juga isu bekalan ubat yang terputus setakat ini", katanya kepada pemberita.

Media Baharu