fb fb fb fb fb

Penjawat awam perlu lebih responsif dalam selesaikan aduan rakyat

SEREMBAN, 1 Jun - Penjawat awam perlu lebih responsif dalam menyelesaikan aduan rakyat serta tidak culas dalam melaksana amanah yang diberi.

Mereka juga perlu memulihkan imej perkhidmatan dengan amalan budaya kerja berintegriti dan berprestasi tinggi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, setiap permasalahan yang diterima perlu diberi maklum balas segera dan diselesaikan tanpa birokrasi.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun,
berucap dalam Majlis APC 2021 di Seremban)

"Kita harap penjawat awam di negeri Sembilan ini supaya lebih menitik beratkan kepada isu-isu semasa aduan-aduan semasa rakyat supaya dapat kita dapat selesaikan dalam tempoh yang tidak panjang", katanya.

Selain itu, penjawat awam perlu lebih peka terhadap isu semasa dan permasalahan rakyat.

Beliau berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban.

Pada majlis tersebut, 512 pegawai daripada 34 jabatan menerima APC.

Media Baharu