KUALA LUMPUR, 1 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sarawak hari ini.
“Gayu Guru Gerai Nyamai," menurut status di Facebook Istana Negara itu.
(FB Istana Negara)
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga perayaan itu membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.
Hari Gawai adalah perayaan tahunan menandakan bermulanya musim baharu penanaman padi, sekali gus memberi nafas baharu kepada masyarakat di Sarawak.