KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Masyarakat diminta menghentikan stigma berkaitan masalah kesihatan mental.
Seruan itu dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Sebagai simbolik sokongan, Anwar turut memakai reben hijau.
"Saya turut mengalu-alukan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Hentikan stigma dan reben hijau yang saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental sedunia. Kesihatan mental, kesihatan mental milik semua, hentikan stigma," kata Anwar semasa memulakan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Bertemakan 'Kesihatan Mental adalah Hak Asasi Manusia Sejagat' sambutan tahun ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat dalam usaha memelihara kesihatan mental yang menjadi hak milik semua individu.
(Sebagai simbolik sokongan, Anwar turut memakai reben hijau.)