fb fb fb fb fb

Helikopter mendarat cemas di Brinchang, tiga orang cedera serius

(Kesemua empat pembantu perubatan, seorang doktor, serta juruterbang, dilaporkan
terselamat, namun tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius)

CAMERON HIGHLANDS, 26 Oktober - Sebuah helikopter dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands, petang ini.

Kesemua empat pembantu perubatan, seorang doktor, serta juruterbang, dilaporkan terselamat, namun tiga daripadanya mengalami kecederaan serius.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan berdasarkan maklumat awal helikopter terbabit dipercayai dalam penerbangan dari tanah tinggi itu menghala ke Ipoh, Perak.

Mereka dikatakan dalam penerbangan bagi tugasan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk Orang Asli.


(Gambar di lokasi kejadian)

Jelas beliau, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pasukan Bomba Pahang dan Perak.

Katanya, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Pelbagai Kemahiran (MUST), juga telah berjaya menemui mangsa dilokasi kejadian, pada pukul 3.00 petang tadi.

Sebuah pesawat AW139 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang diatur gerak ke lokasi.

Media Baharu