fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut dipengaruhi perubahan iklim

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Monsun Timur Laut dijangka bermula sekitar minggu pertama atau kedua November ini.

Manakala fenomena La Nina peringkat sederhana dijangka menyebabkan pertambahan kadar hujan seperti yang berlaku tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, perubahan iklim berpotensi mempengaruhi keadaan cuaca hingga melebihi tahap ekstrem sedia ada.

Justeru, kejadian banjir yang melanda negara tahun lepas harus dijadikan pengajaran untuk lebih bersedia tahun ini.


(Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah)

"Ini menyebabkan keluaran wap air atmosfera bertambah dan kesemua ini ditambah dengan kadar cuaca atau suhu yang tinggi dan menyebabkan kejadian cuaca ekstrem secara semula jadi akan lebih ekstrem daripada biasa.

"Dua faktor iaitu La Nina yang berlaku secara semula jadi dan juga perubahan iklim kedua-duanya mencorakkan apa yang berlaku di seluruh dunia dan negara kita sebenarnya", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah rancangan terbitan RTM.

Media Baharu