fb fb fb fb fb

Everest: Pencarian Muhammad Hawari diperluas ke Tibet

(Muhammad Hawari Hashim/ IG @hawariwarie)

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Operasi pencarian anggota Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran di pergunungan Everest diperluas ke sempadan Tibet.

Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Mohammad Ali Selamat berkata, lokasi itu akan meliputi sepanjang laluan yang berada di sempadan kawasan berkenaan.

"Kedutaan Malaysia di Kathmandu memaklumkan bahawa kawasan pencarian telah ditambah, meliputi kawasan pendakian yang bermula dari kawasan Tibet.

"Jadi, pihak pengendali di laluan pendakian di Tibet telah maklum untuk turut sama mencari Muhammad Hawarim," katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini.

Mohammad Ali berkata, misi pencarian akan dilipatgandakan memandangkan operasi pencarian bakal ditamatkan pada 28 Mei, ekoran kawasan pergunungan perlu dikosongkan sebelum 29 Mei atas faktor keselamatan.

Pada Jumaat lalu, Muhammad Hawari dilaporkan hilang ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu, manakala seorang lagi disahkan maut iaitu Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacob.

 (Mohammad Ali Selamat)

Artikel berkaitan:
Kerajaan salur RM1.48 juta untuk pencarian Muhammad Hawari di Everest
Jenazah Awang Askandar dijangka tiba di tanah air Jumaat ini

Insiden ragut nyawa pendaki negara di Everest satu iktibar

Media Baharu