fb fb fb fb fb

Harimau Malaya diselamatkan, terkena jerat pemburu haram

(Foto PERHILITAN Kelantan)

GUA MUSANG, 17 Jun- Seekor harimau belang betina terlepas daripada menjadi mangsa pemburu haram apabila berjaya diselamatkan dalam satu operasi di Gua Musang, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata haiwan dianggar berusia antara 4 hingga 5 tahun itu diselamatkan sejurus menerima laporan daripada pekerja ladang.

Harimau Malaya itu terkena jerat berhampiran Ladang Metro NTT Pos Blau, di sini.

Dron terpaksa digunakan bagi mengesan kedudukannya kerana lokasi yang sukar diakses disebabkan kawasan berkecerunan tinggi dan sungai.

Ubat pelali digunakan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat yang turut disertai pelbagai agensi.

Rawatan lanjut dilakukan kerana harimau itu mengalami kecederaan akibat terkena jerat pada pergelangan kaki kiri hadapan.

(Foto PERHILITAN Kelantan)

Media Baharu