PUTRAJAYA, 12 Mei - Hari Wesak adalah peringatan penting terutama dalam mengangkat nilai-nilai universal.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia meliputi persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian.
"Di Malaysia, sambutan Hari Wesak lantas mengajak serta menjentik nurani masyarakat untuk bersama menyemarakkan karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan di tengah kemajmukan," jelas beliau menerusi hantaran di media sosialnya sempena sambutan hari Wesak.
Perdana Menteri turut menyeru semua pihak untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu.
Pada masa sama, mengekalkan tradisi dan budaya yang terangkum.