KUALA LUMPUR, 2 September- Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 7 hingga 9 Oktober ini.
Perasmiannya dijadualkan pada 8 Oktober di Putrajaya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let's Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan "Powerboat" ASEAN.
HSN2022 juga turut membabitkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan NGO bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat.
HSN2022 dijangka menarik penyertaan seramai 4.5 juta orang.
Hari Sukan Negara adalah acara tahunan KBS bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya.
(FOT FB KBS)