fb fb fb fb fb

Hari migrasi burung sedunia cetus fenomena unik

KOTA TINGGI, 14 Mei - Minggu kedua bulan Mei setiap tahun diingati sebagai Hari Migrasi Burung Sedunia. Tahun ini, ia jatuh pada hari ini iaitu 14 Mei 2022.

Kepelbagaian spesis burung yang jarang dan sukar ditemui, boleh dijumpai apabila tiba waktu penghijrahan, dari September hingga Mac, setiap tahun.

Kehadiran Burung Hijrah ke kawasan perairan di Kota Tinggi, Johor mencetuskan fenomena unik dan menambahkan keindahan sektor tanah lembap di
sini.

Burung hijrah ini terbang beribu kilometer dari utara, seperti China dan Rusia dan perjalanan mereka tidaklah mengambil masa yang panjang.

Kehadiran mereka bukan petanda bencana, sebaliknya mengelakkan diri daripada musim sejuk di negara-negara tersebut.

(Shakira Mobarak)

"Di sini, sumber makanan dan tempat untuk buat sarang tu senang, itu antara sebabnya burung-burung ini suka migrasi ke sini, memang ada banyak makanan dan tempat untuk buat sarang," kata pencerap burung Shakira Mobarak.

Antara burung hijrah yang kerap ke sini adalah Common Kingfisher, White bellied Sea Eagles dan Black Capped Kingfisher. Bagaimanapun, kebanyakan burung hijrah ini bersifat pemalu.

Biarpun begitu, burung-burung hijrah ini mempunyai hubungan cukup baik dengan burung residen kerana mereka tidak rasa terancam.

Seekor burung hijrah juga lazimnya memiliki lebih satu warna daripada paruhnya sehingga ke ekor.

(Shahrool Anuar)

"Bentuk dan warna pun berbeza pertama burung air untuk yang tepi pantai itu biasa kaki dia halus kecil- kecil jadi kalau burung ini warnanya lebih berwarna warni," kata pemandu pelancong Shahrool Anuar.

Ada juga yang menyamar di celah-celah daun pokok bakau yang tumbuh melata di pesisiran sungai. Waktu sesuai melihat burung ini bermula 7 pagi hingga 11 pagi dan 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Laporan Taufik Salimin.

Media Baharu