fb fb fb fb fb

Hari Malaysia: Jadikan titik tolak semarakkan lagi perpaduan

KUALA LUMPUR, 16 September- Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat.

Ia boleh dilaksana berteraskan nilai Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan ringkas sempena Hari Malaysia hari ini mendoakan semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022, kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada.

"Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia - Teguh Bersama!," katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

(FB Ismail Sabri Yaakob)

Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam ini.

Hari Malaysia 2022, buat julung kali disambut di Semenanjung.

Ini sekali gus memberi peluang buat seluruh Keluarga Malaysia, terutama rakyat Melaka sendiri meraikan hari bersejarah negara itu secara dekat.

Media Baharu