KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Dewan Rakyat akan memperuntukkan satu hari khusus bagi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen membentangkan penyata masing-masing.
Ia bertujuan memperkukuh akauntabiliti eksekutif kepada Parlimen dan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap peranan Jawatankuasa Pilihan.
“Hari ini juga Dewan Rakyat telah mencatat satu lagi sejarah dalam akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat iaitu satu hari telah diperuntukkan untuk melaksanakan urusan penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai penyata-penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di Dewan Rakyat. Ini juga bertujuan memberikan pendedahan dan liputan luas kepada rakyat berkenaan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan dalam membincangkan isu-isu semasa.”
Beliau berkata demikian dalam ucapan Pembukaan Persidangan Mesyuarat ketiga Penggal Keempat pagi tadi.
Sidang yang bakal berlangsung selama 35 hari itu juga bakal memberi tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan belanjawan 2026.
Dalam pada itu, 19 Rang Undang- Undang diluluskan Dewan Negara dalam Mesyuarat Kedua yang lalu.
Ini termasuk, RUU Bantuan guaman dan pembelaan awam 2025, RUU Pendaftaran negara pindaan 2025, serta RUU Kredit Pengguna 2025.