fb fb fb fb fb

Hari Kebangsaan 2022, penyertaan perbarisan dan perarakan meningkat hampir 20,000 orang - Annuar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Hampir 20,000 peserta kontinjen dijangka menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata jumlah penyertaan itu meningkat berbanding 10,000 peserta yang mendaftar pada peringkat awal.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

"Hanya penambahan kecil sahaja dari segi penyertaan telah meningkat sehingga 19,000 lebih kita bermula dengan 10,000 kemudian 16,000 dan sekarang saya ucapkan terima kasihlah kerana kita terpaksa cukupkan dan hampir 20,000 ribu lah," katanya ketika ditemui selepas meninjau raptai akhir perbarisan dan perarakan hari kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.

Tan Sri Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata pihaknya menerima permintaan pelbagai pihak untuk menyertai perarakan dan perbarisan berkenaan.

Media Baharu