fb fb fb fb fb

Hari ke lima pasca PRU15, Istana Negara terus menjadi tumpuan

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 24 November - Istana Negara hari ini terus menjadi tumpuan utama pengamal media tempatan dan antarabangsa susulan perkembangan mutakhir politik negara.

Memasuki hari ke lima pasca PRU15, masih tiada gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi dewan rakyat yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan.

Pakatan Harapan (PH) mempunyai 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN), 73 Kerusi dan Barisan Nasional (30) kerusi dimana jumlah kerusi dewan rakyat yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah sekurang-kurangnya 112 kerusi.

(Pengamal media telah mula berkumpul di perkarangan pintu satu Istana Negara
seawal pukul 8.00 pagi)

Selain itu, beberapa pertemuan dan perbincangan melibatkan pimpinan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi dewan rakyat yang terbanyak juga setakat ini tidak membuahkan hasil dalam membentuk sebuah kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.

Justeru, Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Perbincangan khas tersebut akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Kira-kira 100 pengamal media sudah mula berkumpul di perkarangan pintu satu, istana negara sejak pukul 8.00 pagi tadi bagi membuat liputan perbincangan khas tersebut.

Media Baharu